Tingkatkan Prestasi, Jauhkan kontroversi

Sunday, May 3, 2009

Ukhwah fillah




Hari ini lembaran baru,

Senja semalam telah berlalu,

Meninggalkan jahiliyyah beribu batu,

Melangkah pasti ke hadapan maju…



Jalanan kaca itu terus disusuri,

Mengeja jerih pengorbanan diri..

Tapi…janji Tuhan itu pasti.


Ingatkah anda apabila anda setuju anda sedih?

Melihat ummah pilu terukir,

Menyentap diri sukar disingkir…


Ingatkah anda apabila…anda bersetuju

untuk melakukan….SESUATU….

bantuan dihulur kepada yang perlu..


Adakah anda masih ingat…

Anda setuju melakukannya…

Dengan memahami…ISLAM…

Dan membina individu…MUSLIM..


Siapakah pembela-pembela agama Allah?

Adakah anda hanya ingin menonton…

Atau menjadi pendokong…

Jawapan ada pada ANDA…


“KAMILAH PEMBELA-PEMBELA AGAMA ALLAH”


Saturday, March 28, 2009

salam

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, di kesempatan yang sempit ini, suka saya berkongsi dengan anda semua dengan satu artikel yang agak ringkas dan padat, insya-Allah Ar-Rahman moga ia memberi manfaat kepada kita semua.

Di akhir zaman ini, berbagai-bagai dan bermacam-macam jenis fitnah telah timbul. Ada yang mengada-adakan fitnah untuk menjatuhkan musuhnya, ada yang mengada-adakan fitnah untuk mengukuhkan pangkatnya, ada juga yang mengada-adakan fitnah untuk kepuasan nafsu dirinya.

Kita sebagai insan yang lemah memang tidak dapat mengelak daripada diuji kekentalan diri, keteguhan iman dan ketulusan hati kita.Mungkin pernah suara hati ini bertanya, mengapa aku diuji ya? Mengapa seberat ini ujian dikenakan ke atas diri ini? Aduhai!




Oleh itu, mari kita sama-sama menyelongkar dan menghayati ayat-ayat suci Azza Wa Jal ini, sebagai jawapan bagi persoalan dan kekusutan dalam jiwa kita, khas nya kepada mereka yang bertubi-tubi diuji dari seluruh sudut, dalam membawa nur Allah agama Islam dan juga sunnah utusan-Nya Muhammad Sallahu alayhi wasallam.

blog ini dibina atas dasar cubaan template sahaja..
tiada kne mngene antre idop dan yg mati

;;